Pages

menu

Kuzi ayam

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Bahan A- (Rempah)
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga-sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
  • 1 kuntum caber
  • 2 kuntum bunga lawang
  •  
  • Bahan B
  • 800 gram - 1kg ayam
  • sedikit saffron
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar garam
  • 1 inci halia
  • Minyak sapi untuk menggoreng
  • Bahan C
  • 150 gram bawang besar
  • 20 gram kepingan badam
  • 1/2 cawan kacang tanah
  • 40 gram kismis
  • 1 ketul hati ayam-rebus dahulu
  •  
  • Bahan D
  • 3 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia
  • 1 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 2 ulas bawang putih
  • 200 ml susu sejat
  • Sedikit saffron
  • 1/2 cawan penyukat sos tomato
  • 700 ml air
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh gula

Cara-cara

Sediakan rempah-rempah di A.Basuh bersih didalam tapis.Kemudian goreng kering/sangai di dalam kuali.
Kisar rempah tadi dalam pengisar kering.Boleh juga ditumbuk hingga halus. Sebagai panduan berat rempah yang dapat ialah anggaran sebanyak 10 gram.
  1. Bahan-bahan di B-saffron,bawang putih dan halia ditumbuk.Kemudian lumurkan pada ayam.Perap seketika .Kemudian goreng ayam menggunakan minyak sapi.Goreng separuh masak sahaja.
Semua bahan di C hendaklah digoreng.Goreng mengikut turutan-mula-mula goreng bawang besar.Kemudian diikuti badam,kacang tanah, kismis dan hati ayam .Setelah digoreng,hati ayam dipotong dadu.
  1. Tumbuk badam bersama bawang goreng. Kacang tanah ditumbuk kasar.
  2. Campurkan rempah di A, susu sejat,bawang besar dan badam tumbuk,limau nipis dan sos tomato dan saffron.Gaul rata di dalam sebuah bekas.
  3. Panaskan minyak sapi.Tumiskan bawang putih,halia,lengkuas dan serai.Kemudian masukkan semua campuran di No 6.Masukkan sedikit air.Biarkan menggelegak.Masukkan garam dan gula.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
  4. Masukkan baki air.Kemudian masukkan kacang tanah,kismis dan hati ayam. Tambahkan air lagi jika kuah terlalu pekat.Imbangkan rasa manis dan masinnya. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi,roti jala atau bun.


Ayam Masak Ungkep (Jawa Style)

 Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 1 ekor ayam (dipotong 12, lebih elok sekiranya ayam tua@ayam kampung)
  • Bahan-bahan A (untuk dikisar)
  • 2 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 tangkai cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi cili padi)
  • Bahan tumis
  • Halia (dihiris nipis)
  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dikisar. Tumis sehingga naik minyak.
  4. Setelah naik minyak, masukkan ayam. Biarkan sebentar lebih kurang 2-3 minit.
  5. Masukkan air, serai yang telah diketuk dan garam secukup rasa. Tutup kuali. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur. Tu sebab lebih elok guna ayam tua @ ayam kampung.
  6. Biarkan sehingga kuah pekat (ala-ala rendang gitu). Kemudian bolehlah dihidangkan.
  7. Selamat mencuba!!

Ayam msk bali

Bahan-bahan ( tak kisah berapa orang nak makan )

  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah,
  • Ayam (sedap guna bahagian dada)
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap
  • minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo (saya guna cili bo jer senang)
  • asam keping
  • serbuk kunyit

Cara-cara

  1. blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo)
  2. Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
  3. Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
  4. Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
  5. kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak@ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
  6. Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.
  7. Biasanya ayam bali ni sedap dimakan bersama nasi impit dan sayur lodeh. Juga sesuai unutk dihidangkan masa openhouse/sebagainya.
  8. Biasanya saya gunakan bawang dengan agak banyak kerana most of my family suka rempahnya, ia sesuai untuk bekal perjalanan yang jauh(tidak cepat basi)

Tag